Perjuangan itu Memang Menyakitkan
9 Oktober, 2008
“Masa muda adalah masa untuk berjuang, masa dewasa adalah masa untuk menuai hasilnya, dan masa tua adalah masa untuk menyesali apa-apa yang telah terlepas dalam perjuangan”
Saya tidak ingat siapa yang mengeluarkan kata-kata tersebut, ataupun ucapan penuh kata-kata tersebut (saya rasa saya telah mngubah suainya sedikit), namun pastinya semua orang faham dengan kata-kata di atas.
Ya,saya ingin berjuang. Menjadi seorang pejuang. Saya sentiasa berniat untuk berjuang, kagum dengan perjuangan orang lain. Namun kebiasaannya, perjuangan saya akan terhenti. Saya harap tidak untuk kali ini. Dan untuk kali ini, saya berharap saya akan terus mara walaupun bertemu kegagalan. Saya akan menapak sedikit demi sedikit. Saya akan sakit, tapi hidup ini ada turun naiknya. Saya ingin meletakkan seluruh maruah saya untuk kali ini. Saya tidak akan jadi seperti dulu lagi, tidak berani berjuang kerana terlalu ego dan takut gagal.
“Seseorang itu tidak akan mencapai darjat solihin, melainkan ia terlebih dahulu mestilah melepasi enam halangan. Halangan pertama, pintu nikmat akan terkunci dan pintu kesusahan akan dibuka. Kedua, pintu kerehatan akan ditutup dan pintu usaha keras akan dibuka. Ketiga, pintu kebanggaan akan ditutup dan pintu kehinaan akan dibuka. Keempat, pintu tidur akan ditutu[ dan pintu berjaga malam akan dibuka. Kelima, pintu kekayaan akan ditutup dan pintu kefakiran akan dibuka. Keenam, pintu angan-angan akan ditutup dan pintu persediaan untuk menghadapi maut akan dibuka.”
- Ibrahim Adham
Perjuangan yang saya maksudkan adalah umum, tidak tertakluk pada mana-mana jenis atau pun perjuangan tertentu. Walaupun kata-kata di atas adalah merujuk kepada perjuangan seseorang untuk menjadi ahli sufi, hakikatnya kata-kata tersebut mempunyai makna yang mendalam untuk semua orang yang ingin berjuang ; bahawa perjuangan bererti menempuh satu jalan yang amat sukar.
Mengapa saya mengemukakan topik ini? Hal ini dapatlah dikaitkan dengan kekecewaan hati saya dalam satu perkara, tetapi saya tidaklah pula berminat untuk menyatakannya di sini. Dan akhir sekali, saya ingin memberi pesan kepada diri saya sendiri :
Berusahalah bersungguh-sungguh,kemudian jawablah setiap pertanyaan itu dengan bangga, (hal ini kerana,anda telah pun berusaha) dan terimalah segala kegagalan itu seadanya. Bertanyalah dengan perasaan penuh ingin tahu atas setiap perkara yang anda tidak tahu, meski anda akan jadi orang yang paling bodoh dalam dunia ini.
Bersyukur atas kejayaan yang dianugerahkan, bersabar dan perbaiki kelemahan yang ada pada diri.
“The way to succeed is to double your failure rate. Failure is the opportunity to begin again more intelligently.”
membentuk pemikiran kritis
31 Julai, 2008
pemikiran kritis, atau dalam bahasa inggerisnya ‘critical thinking’ bererti suatu bentuk pemikiran menggunakan minda yang mengandungi proses-proses membandingkan, menganalisis dan akhir sekali menilai.
maka atas sebab inilah saya mula untuk menulis blog, dengan berdasarkan proses-proses minda seperti yang tersebut di atas. saya berpendapat bahawa manusia adalah satu makhluk yang unik, yang pendapat-pendapat mereka harus dillontarkan kepada dunia, dibahaskan lalu diambil tindakan-tindakan yang sesuai berdasarkan konklusi perbahasan itu.
selain itu, dewasa ini, sudah ramai individu-individu yang mempunyai blog mereka masing-masing. Blog bukan sekadar berfungsi sebagai ruang untuk menulis, tetapi juga ruang untuk masyarakat atau indivdu lain untuk mengenali bagaimana corak pemikiran mereka. Untuk mengkaji masyarakat ataupun golongan-golongan seperti ini, maka saya melihat kepada kepentingan yang memerlukan saya juga memiliki blog saya sendiri.
Ayat-ayat Al-Quran Pembangun Jiwa
26 Mei, 2008
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”
(Ali Imran : 14)
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(Al-HUjurat : 14)
Dilindungi: keluarga
22 Mei, 2008
Dilindungi: inilah diri saya.
22 Mei, 2008
apa matlamat hidup saya, apa yg saya nak dlm hidup?
20 Mei, 2008
Saya ingin menjadi seorang doktor yang berguna, tahu banyak benda; dari perkara-perkara yang besar seperti chemistry,biology,anatomy,economy,medicine,religion and comparative studies,world and political issues,technology, hinggalah perkara-perkara kecil seperti memancing,memasak,menjahit dan berkebun. Juga mahir dalam pelbagai bahasa; melayu,cina,arab,inggeris,korea,jepun,rusia. Juga seorang yang baik,taat,sayangkan orang lain,adil,tidak mendiskriminasi,pemurah,sentiasa berusaha sedaya upaya dalam pekerjaan,tetap pendirian. Hidup yang sederhana,baik hubungan dengan orang lain,sentiasa tenang. Seorang yg hafal Al-Quran dan mengamalkan apa yg terkandung. Seorang yang hatinya sentiasa lapang,bebas dan merdeka. Berfikiran terbuka, tidak lagi akan tunduk kepada pengaruh wanita,harta dan pangkat. Hidup yang bermanfaat buat orang lain,dapat memberi gambaran tentang keindahan islam melalui diri sendiri. Penghinaan manusia tidak akan jadi masalah, sebagaimana penghargaan manusia adalah tidak diharapkan.
Mencintai Tuhan,dan adalah seorang hamba yang setia.
Menjalani hidup dengan baik,lalu mati dlm husnul khatimah.
