perjuangan2ua2

“Masa muda adalah masa untuk berjuang, masa dewasa adalah masa untuk menuai hasilnya, dan masa tua adalah masa untuk menyesali apa-apa yang telah terlepas dalam perjuangan”

Saya tidak ingat siapa yang mengeluarkan kata-kata tersebut, ataupun ucapan penuh kata-kata tersebut (saya rasa saya telah mngubah suainya sedikit), namun pastinya semua orang faham dengan kata-kata di atas.

Ya,saya ingin berjuang. Menjadi seorang pejuang. Saya sentiasa berniat untuk berjuang, kagum dengan perjuangan orang lain. Namun kebiasaannya, perjuangan saya akan terhenti. Saya harap tidak untuk kali ini. Dan untuk kali ini, saya berharap saya akan terus mara walaupun bertemu kegagalan. Saya akan menapak sedikit demi sedikit. Saya akan sakit, tapi hidup ini ada turun naiknya. Saya ingin meletakkan seluruh maruah saya untuk kali ini. Saya tidak akan jadi seperti dulu lagi, tidak berani berjuang kerana terlalu ego dan takut gagal.

“Seseorang itu tidak akan mencapai darjat solihin, melainkan ia terlebih dahulu mestilah melepasi enam halangan. Halangan pertama, pintu nikmat akan terkunci dan pintu kesusahan akan dibuka. Kedua, pintu kerehatan akan ditutup dan pintu usaha keras akan dibuka. Ketiga, pintu kebanggaan akan ditutup dan pintu kehinaan akan dibuka. Keempat, pintu tidur akan ditutu[ dan pintu berjaga malam akan dibuka. Kelima, pintu kekayaan akan ditutup dan pintu kefakiran akan dibuka. Keenam, pintu angan-angan akan ditutup dan pintu persediaan untuk menghadapi maut akan dibuka.”
- Ibrahim Adham

Perjuangan yang saya maksudkan adalah umum, tidak tertakluk pada mana-mana jenis atau pun perjuangan tertentu. Walaupun kata-kata di atas adalah merujuk kepada perjuangan seseorang untuk menjadi ahli sufi, hakikatnya kata-kata tersebut mempunyai makna yang mendalam untuk semua orang yang ingin berjuang ; bahawa perjuangan bererti menempuh satu jalan yang amat sukar.

Mengapa saya mengemukakan topik ini? Hal ini dapatlah dikaitkan dengan kekecewaan hati saya dalam satu perkara, tetapi saya tidaklah pula berminat untuk menyatakannya di sini. Dan akhir sekali, saya ingin memberi pesan kepada diri saya sendiri :

Berusahalah bersungguh-sungguh,kemudian jawablah setiap pertanyaan itu dengan bangga, (hal ini kerana,anda telah pun berusaha) dan terimalah segala kegagalan itu seadanya. Bertanyalah dengan perasaan penuh ingin tahu atas setiap perkara yang anda tidak tahu, meski anda akan jadi orang yang paling bodoh dalam dunia ini.

Bersyukur atas kejayaan yang dianugerahkan, bersabar dan perbaiki kelemahan yang ada pada diri.

“The way to succeed is to double your failure rate. Failure is the opportunity to begin again more intelligently.”

Tinggalkan jawapan