Sekali lagi saya berasa seronok untuk bekerja bersama-sama orang lain untuk menjayakan sesuatu projek, biarpun mungkin juga bercampur-baur dengan kepenatan. Bukannya apa, cuma semenjak saya sudah ‘ditendang’ keluar daripada krew penerbitan ‘Ulul Albab’ (buletin bulanan Kelab UMNO Luar Negara Volgograd ; mungkin bukan bulanan, sebab kadang-kadang saya buat dua bulan sekali =p), saya merindukan perasaan seronok bekerja bersama rakan-rakan.

 Program Pre Departure Briefing pelajar-pelajar ke Rusia ini nampaknya berjalan dengan agak lancar. Memang ini kali pertama kami menganjurkan program seperti ini, dan masih banyak lagi yang harus kami pelajari. Alhamdulillah, VIP-VIP yang kami jemput dapat hadir sepertimana yang dirancang – DATO’ NORAINI AHMAD, PROF ABDUL LATIFF MUHAMED (PPIM), DATO’ DR LATIFF AHMAD (MOH), EN ABDULLAH KASSIM (MINDEF), EN ADHAM HATTA (MARA) dan pengiringnya CIK HAFIZAH TAHIR.

Banyak perkara yang saya dapat sepanjang saya menguruskan program ini : saya belajar tentang protokol dan prosedur, saya belajar tentang pengagihan tugas agar tidak jadi Superman yang buat semua kerja ataupun seorang bos yang suka mengarah…ataupun seorang pekerja yang hanya suka makan..^^

Walau bagaimanapun, saya tidak memandang kepada pengiktirafan atas kerja yang saya lakukan atau samada VIP-VIP tersebut di atas kenal saya ataupun tidak. Setelah saya amati baik-baik, saya sedar bahawa yang membuatkan saya berasa seronok adalah satu perkara lain. Saya dapat berjumpa dengan orang-orang yang baru seperti Mardiana yang saya salah anggap sebagai kakak, Hazreen yang saya fikir lebih muda dari saya ataupun En Joseph seorang Cina yang peramah,juga Syed junior saya di MRSM Kuala Klawang; saya dapat berbual dengan kakak-kakak Volgo yang sebelum ni saya tak pernah berbual;dan juga saya berjaya memasukkan Abg Zul dan Abg Fikri dalam  rangkaian mobile-money (bussiness) saya…^^

Bahawasanya yang menggembirakan saya adalah masyarakat juga, dengan pelbagai ragam mereka, gaya dan sebagainya. Tentang perasaan suka, benci, dengki dan malu. Tak ketinggalan juga perasaan marah, sombong dan lain-lain lagi.

Ya, benar. Masyarakat adalah hiburan, selain daripada game Devil May Cry, Ragnarok ataupun DOTA yang saya main. Bergaul dengan masyarakat pastinya tidak sama dengan menonton cerita-cerita di televisyen yang memuatkan artis-artis baru dan comel, kerana sesetengah plot cerita terlalu tidak realistik, ataupun bagi kisah-kisah benar, hanya dapat memaparkan peratusan kecil sahaja kisah sebenar kehidupan masyarakat.

Tinggalkan jawapan